Teknik Pomodoro: Senjata rahsia saya ketika PhD – Part 1

Pasca siswazah dan menulis memang tak dapat dipisahkan. Kalau bukan untuk tesis, kena menulis untuk konferens, artikel jurnal atau report kepada penyelia. Isunya nak cari semangat untuk menulis. Susah bukan? Lebih-lebih lagi era media sosial dan internet di tangan, terlalu banyak faktor yang membantutkan usaha menulis, malah membunuh semangat menulis.

Mari saya perkenalkan senjata rahsia teragung yang telah saya gunakan ketika saya berPhD. Dengan teknik ini, alhamdulIllah, saya dapat siapkan beberapa jurnal artikel saya (termasuk 9 artikel jurnal bertaraf Q1/Q2), defense proposal dan tesis saya dalam masa yang singkat. Nama kaedah ini ialah Pomodoro Technique. Teknik ini dicipta oleh Francesco Cirillo. Bunyinya gempak, tetapi sebenarnya pomodoro bermaksud tomato dalam Bahasa Itali!

Kenapa dipanggil begitu? Kebiasaan di barat, mereka suka menggunakan timer comel di dapur yang berbentuk telur atau tomato. Dari tomato timer ini Francesco meletakkan nama tersebut!

Konsepnya sangat mudah.

  1. Set waktu untuk menulis, katakan untuk 1jam 30minit. Gunakan timer di fon, atau apps/online timer* untuk set masa selama 25 minit.

  2. Hentikan segala gangguan di sekeliling. TIADA WHATSAPP, FACEBOOK, EMEL DAN NADA DERING! Buka tab internet untuk pencarian yang membantu menulis/membaca SAHAJA. Mulakan menulis/membaca selama 25 minit sehingga timer berbunyi.

  3. Berhenti untuk rehat selama 5 minit. Waktu inilah anda bebas nak ke tandas, bancuh kopi, tengok Whatsapp dan sebagainya. Sekarang, anda telah lengkapkan kitaran pertama. Ulang semula untuk kitaran kedua dan ketiga.

  4. Untuk kali pertama, mungkin 1jam 30minit memadai. Tetapi sekiranya anda nak teruskan, dipersilakan! Saranan Francesco, setelah kitaran keempat, boleh rehat lebih panjang, 15/20/30 minit. Sambung semula selepas itu.

Kenapa teknik ini sangat berkesan, sungguh pun hanya 25 minit sahaja? Nanti saya kupaskan di Part 2!

Kongsi Artikel ini: