Kenali Penulis
Siapa Ts. Dr. Luqman Hakim Ahmad Shah? Ketahui biodata lengkap beliau di bawah
Misi
Membantu kumpulan pendidik & penyelidik menerbitkan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi
Ts. Dr. Luqman Hakim
Ts. Dr. Luqman berkelulusan Ph.D. Kejuruteraan Mekanikal dari University of Waterloo, Kanada. Sebelum itu, beliau melanjutkan pengajian di Tohoku University, Jepun pada peringkat Sarjana (Master of Engineering) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan akademik selama lebih daripada 15 tahun sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMPSA). Beliau juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif sejak tahun 2020.
Sepanjang pengajian Ph.D., beliau telah menerbitkan sembilan (9) artikel jurnal berindeks Q1/Q2 sebagai first author dalam bidang kejuruteraan bahan dan penyambungan logam (welding technology).
Bermula dari pengalaman menyelia pelajar pascasiswazah dan membantu rakan akademik, Dr. Luqman mula terlibat aktif dalam bimbingan penulisan akademik, khususnya dalam penulisan artikel jurnal. Sejak itu, beliau telah mengendalikan lebih daripada 30 siri bengkel dan seminar, termasuk secara fizikal dan atas talian, dalam dan luar negara.
Beliau juga terkenal dalam memperkenalkan pendekatan baharu penulisan menggunakan teknologi AI generatif seperti ChatGPT, Grammarly dan Mendeley, serta telah menghasilkan video panduan AI penulisan jurnal bagi membantu pelajar dan pensyarah menstrukturkan artikel secara lebih cepat dan tersusun.
Keahlian & Pengiktirafan Profesional
Dr. Luqman diiktiraf dan berdaftar secara rasmi dengan beberapa badan profesional berkaitan kejuruteraan dan latihan akademik.
Malaysian Board of Technologists (MBOT)
Professional Technologist (PT21040083)
Board of Engineers Malaysia (BEM)
Graduate Engineer (GE70434A)
The Institution of Engineers, Malaysia (IEM)
Graduate Member (64530)
Certification Scheme for Welding and Inspection Personnel (CSWIP)
Welding Inspector (Certified by TWI, UK)
Human Resource Development Corporation (HRDCorp)
Certified Trainer
Senarai Jurnal
Ts. Dr. Luqman Hakim Ahmad Shah telah menerbitkan 9 artikel akademik sepanjang pengajian PhD beliau di jurnal bertaraf Q1 dan Q2, antara kategori jurnal paling berprestij dalam dunia penyelidikan.
- WoS Q1 - Review of research progress on aluminium-magnesium dissimilar friction stir welding
- WoS Q2 - Design guideline for intermetallic compound mitigation in Al-Mg dissimilar welding
- Scopus Q2 - Effect of tool eccentricity on the properties of friction stir welded AA6061 alloys
- WoS Q1 - Effect of beam wobbling on laser welding of aluminum and magnesium alloy
- WoS Q1 - Tool eccentricity in friction stir welding: a comprehensive review
- WoS Q2 - Dissimilar welding of thick AA5052-AA6061 alloys: material positioning & eccentricity
- WoS Q1 - Influence of tool eccentricity on microstructure of AA6061 welds
- WoS Q2 - Process parameters in friction stir welding of AA6061 alloy
- WoS Q2 - Structural morphology of AA6061 welds through tool eccentricity