Kalian pernah lihat imej ini? Ia dihasilkan oleh seorang profesor sains komputer dari University of Alabama at Birmingham. Saya terjumpa di internet sebelum saya sambung belajar dulu.
Setelah grad, saya bersaksi bahawa ianya memberi gambaran yang tepat tentang PhD!
Bak kata tajuk buku Prof Muhd Kamil Ibrahim, ‘PhD: Kecil tapi signifikan’
4 tahun PhD saya, kajian saya berkenaan goyangan alat sebesar 0.2mm, iaitu setebal satu helai rambut sahaja!
Barangkali, kalau diberitahu kepada orang awam, mereka akan kata ‘ADA AKU KISAH?’ TETAPI, ilmu yang saya dapat sepanjang perjalanan itu yang PRICELESS!
Ia juga menginsafkan saya bahawa ilmu PhD yang saya dapat ini sangat kecil berbanding lautan ilmu Tuhan, jadi perlukah saya membongkak dengan gelaran Dr ini?
Buat kalian yang sedang berjuang, jangan mudah give up! Jalan terus, insyaAllah you’ll make it!💪
Kredit imej: http://matt.might.net/articles/phd-school-in-pictures/

