(Topik ini lari sedikit dari penulisan jurnal, lebih kepada penulisan tesis)
Antara elemen penting di dalam penulisan tesis ialah perhubungan antara setiap bab di dalam tesis. Bukan sahaja dari awal hingga akhir tesis perlu ada flow yang cantik, tetapi perlu juga ada elemen-elemen yang menghubungkan setiap bab untuk menyerlahkan ‘kesatuan’ tesis tersebut.
Walaupun kemungkinan besar kita menulis setiap bab secara berasingan, apabila digabungkan kesemuanya, saya sangat syorkan anda menghubungkan bab-bab ini secara tak langsung dengan perkataan-perkataan seperti:
- ‘As has been discussed earlier in Section 2.1, …’ (contoh ayat di dalam bab SELAIN Bab 2)
- ‘…This will be discussed in more detail in Section 4.3.’ (contoh ayat di dalam bab sebelum Bab 4)
Saya difahamkan istilah Bahasa Melayunya ialah PENANDA WACANA, tetapi ianya memberi gambaran bahawa setiap bab di dalam tesis kita saling lengkap-melengkapi. Ini juga bukan sekadar ayat di dalalm ‘overall view of thesis’ di bab-bab terawal, tetapi boleh digunakan dalam setiap bab.
Seperti contoh di atas, ayat-ayat penghubung ini juga boleh ke depan (prospective) atau ke belakang (retrospective). Ia juga memberi gambaran yang kita sedang menulis dengan ‘penuh sedar’ bahawa akan ada penerangan lanjut di bab yang akan datang di bab hadapan atau sudah diterangkan dengan panjang lebar sebelumnya di bab belakang. Ia juga mengelakkan penerangan berulang yang redundant. Kalau sudah diterangkan dengan terperinci, sebut saja ianya sudah diterangkan di bab sebelumnya, senang kerja kita!
Atas nasihat SV saya, saya telah memaksimakan penggunakan ayat penghubung ini di dalam bab kesimpulan besar saya. Setiap kesimpulan saya, saya hadirkan dengan seksyen atau figure yang spesifik untuk memudahkan para panel bersetuju dengan konklusi saya berdasarkan bukti yang saya berikan. Berikut adalah contoh ayat-ayat di dalam bab Conclusion (Bab 7)* saya. Memandangkan ianya bab terakhir, kebanyakan ayat adalah berbentuk retrospective, tetapi ada juga berbentuk prospective kerana penerangan dan bukti lanjut berada di seksyen yang berikutnya.
- “From Section 4.3, there is compelling evidence of higher surface roughness average and roughness depth of the weld bead with increasing eccentricity (Figure 4-3).
- This is in conjunction with observed enhanced material flow and mixing based on the observations of expanded periodic bands (Figure 4-4).
- It is postulated that this is mainly due to the increasing inclusions of advancing side material in the stir zone, as discussed in Section 4.4.3.
- In addition, grain refinement is generally seen in all observed regions when eccentric setup is utilized (Figure 4-6), indicative of enhanced shearing of the stir zone with increasing tool eccentricity (more on this in Section 7.1.4).”
*Bab ini adalah bab ke7 dalam tesis saya, mungkin berbeza dengan style di Malaysia atau negara lain, kerana di Kanada tiada ketetapan khas berapa jumlah bab. Ada yang buat sampai 8 atau 9 bab!

