Beberapa favorite quotes yang meningkatkan dan menguatkan motivasi saya ketika PhD:
1.’Shoot for the moon. Even if you miss, you will land among the stars.’ – Norman Vincent Peale
2.’Don’t compare your beginnings to someone else’s middle.’ – Thorin Klosowski
Kata-kata ini memberi keyakinan semula kepada saya. Awalnya saya agak resah sebab nampak para senior semuanya hebat-hebat belaka dengan segala data dan paper yang telah dihasilkan. Saya pula baru saja nak biasakan diri dengan makmal kajian! Tapi bila fikir semula, saya tidak berlaku adil kepada diri sendiri, kerana saya BARU MULA, para senior sudah pun hampir untuk grad. Tak peliklah mereka sudah banyak siap! Maka jangan bandingkan sesama kita. Focus on the target, but forgive yourself if you make mistakes here and there. We are students after all!
3. ‘Not all who wander are lost.’ – J.R.R. Tolkien
Sesetengah pelajar pascasiswazah memang gifted. Asas dan teori kukuh, menyebabkan keputusan kajian mereka tak lari jauh dari hipotesis asal. Jadi mereka sudah ‘nampak’ hala tuju sejak dari awal PhD. Hebat!
Tapi itu bukan saya. Kajian saya banyak exploratory. Kita berhipotesis, tapi tidak pasti hipotesis betul atau tidak. Kadang-kadang gagal, kadang-kadang jumpa jalan buntu, kadang-kadang kena u-turn. Tapi bila dapat buktikan hipotesis, fuh, memang aura lain macam! Supervisor saya juga menggalakkan dan meraikan kaedah ini. Tapi memandangkan tahun pertama saya agak slow, saya hasilkan review paper untuk tunjuk di proposal defence nampak ada banyak progress. Tips rahsia ni haha.
Kalau saya perhatikan semula diri sendiri ketika itu, barangkali saya akan terfikir “Apa yang kau tengah buat ni Luqman?”. Tapi sepanjang waktu tersebut, saya melalui proses learning curve. Gagal, cari solusi, cuba lagi. Semua pengalaman yang berharga belaka. Nampak macam wandering tanpa hala tuju, tapi saya bukan lost. Dengan input dari supervisor, saya ke arah menyiapkan PhD saya. Di akhir tahun pengajian baru saya dapat hubungkan semua dengan kemas, seolah-olah itulah ‘grand plan’ saya dari awal haha.
Jangan risau, memberi penjelasan secara retrospektif begini tidak salah. Banyak inovasi terkenal dunia asalnya orang tak faham macamana ianya berfungsi. Antibiotics, x-ray, microwave ovens dan pacemakers semuanya ditemui secara tak sengaja, selepas itu baru dikaji untuk tahu apa teori disebaliknya. Bidang saya friction stir welding pun juga sama. Kadang-kadang kita jumpa keputusan tak dijangka, tiba-tiba buat detour dengan PhD kita sebab lebih nampak novelty di situ. Therefore, not all who wander are lost!

